 |
| Kopiah Pertama Inspirasi daripada Devine Hat |
Assalamualaikum...posting yang pertama biasanya paling mengujakan....! Lama masa yang saya ambil untuk mewujudkan blog ni. Blog ni lebih kepada perkongsian kisah2 berkaitan hobi serta minat.saya terhadap dunia crochet.
Sejarah crochet saya bermula begini, mak pandai mengait jadi semasa usia lebih kurang 7 atau 8 tahun saya curi2 tengok bagaimana mak mengait kasut baby jadi saya pun cubalah. Kenapa curi-curi? Sebab tahap kesabaran mak memang nipis kalau mengajar anak-anak. Kalau boleh mak nak sekali ajar terus boleh buat...kalau tak memang kena tengking la.TAKUT. Jenuh juga nak pastikan saiz sepasang kasut sama besar. Mak bagi segumpal benang warna kuning, sampai jadi kelabu & berbulu benang tu saya kerjakan. Akhirnya hobi mengait tenggelam dalam kesibukan dan perjalanan masa.
Dalam setahun yang lepas ntah bagaimana minat itu timbul kembali. Saya tengok stok simpanan benang mak lebihan dulu-dulu adalah dalam 10 ketul benang Minlon. Jarum kait mak jenama Rose yang berkarat saya cuba. Tak sangka saya masih boleh mengait. Malah, hasilnya lebih kemas berbanding ketika usia saya 8 tahun dulu. Seronok sangat. Tambahan pula dah ada baby. Mula lah saya berangan nak kait macam2 untuk anak & keluarga saya. Saya surfing di internet dan jumpa
pattern bertulis Topi Devine yang cantik dan mudah. Hasil tangan yang pertama tu saya hadiahkan kepada anak buah saya. Selepas tu saya cuba pula kait sepasang kasut lengkap dengan beanie dan saya hadiahkan pula kepada kakak ipar yang ketika itu baru melahirkan bayinya. Bermula hanya sebagai cenderamata, lama-kelamaan saya mula menerima tempahan dari kenalan yang menyukai hasil kait saya. Ramai juga kawan2 saya menawarkan diri nak tolong jual hasil kait saya di pejabat mereka. Seronok tak tekata masa mula2 pegang duit hasil mengait. Berbaloi bersengkang mata menyiapkan tempahan.
Setiap hasil kerja kait saya, saya akan tangkap gambar tapi masih segan nak upload di facebook. Lama-kelamaan oleh sebab semangat untuk kekal duduk di rumah dan membantu tambah pendapatan keluarga saya gagahkan hati upload sebahagian gambar produk2 crochet saya dan happy sangat bila dapat feedback yg positif dari kalangan kawan-kawan. Sejaknya dari hari itu sehinggalah kini bolehlah dikatakan tempahan kait yang saya terima, khusus secara online tak pernah putus. Syukur Alhamdulillah.