Friday, 31 May 2013

Assalamualaikum...Selamat hari raya mingguan buat umat Islam, Jumaat yang diberkati.

Alhamdulillah hari ni saya berpeluang update blog. Kegiatan mengait semakin perlahan disebabkan mood tak menentu namun digagahi juga kerana tempahan tak pernah putus tiba....syukurlah rezeki anak. Sweater Mickey Mouse di atas dah lama saya buat, merupakan sweater pertama dalam sejarah mengait saya. Ketika dapat tempahan itu, saya terus menolak sebab saya tak pandai dan tak pernah kait sweater. Namun ntah apa tuah saya pelanggan baru saya itu meletakkan kepercayaan penuh pada saya untuk mengaitkan juga sweater ini. Jadi, tanpa teknik yang tertentu cuma mengikut logik akal, saya cuba kait menggunakan benang nona dan jarum tulip 0 (waktu tu tak kenal jarum dan benang jenis lain lagi). Gabungan warna biru dan hitam pilihan pelanggan. corak mickey dan tulisan haikal juga atas permintaan namun saya ubah suai mickey menjadi poket kecil di bahagian depan sweater. Saya gunakan stitch Double Crochet sepenuhnya dan bila dah siap tersenyum lega sebab pelanggan puji hasil kait ini. Alhamdulillah.


 Sweater Plain


 
 Model tersipu :D
Close Up Kolar


 
 Bahagian Belakang

Tarraaaaa....! Comel tak?

Wednesday, 6 March 2013


Assallamualaikum, Pukul hampir 5 pagi, Yusuf masih aktif melayan upin ipin di hp saya pulak sibuk meng upload gambar produk kait di Facebook. Terlintas nak menjengah blog, nak membuang sawang dan membersihkan habuk :)

Pada 2013 ni kurang productive mengait berbanding 2012, ntah kenapa mungkin tempahan kurang ataupun kerja melayan anak & kerja rumah bertambah. Kebelakangan ini saya tertumpu membuat "Fat Bottom Bag" bag yang digilai di kalangan pengait sejak dari tahun lepas. Gambar Fat Bottom bag di atas ni saya buat sempena birthday mak....apa pendapat anda?


Wednesday, 31 October 2012

Doilies - WIP

Assalamualaikum. Jam hampir 2 pagi. Suami dah lama diulit mimpi. Saya dan Yusuf masih segar bugar. Yusuf melayan tom & jerry di hp saya, saya pula macam biasa mengait sambil mata jeling2 notification di facebook. Sejak hampir setahun mengait, hampir 100% crochet thread yang saya guna jenis yg kasar. Adalah cuba2 mengait benang halus buat doilies tapi hasilnya kurang memberangsangkan. Bila belek2 buku pattern mak yang lama2 paling banyak pattern doilies. saya pun ada beli 3 buku benang halus antaranya jenama Minlon Poly, Minlon Family & Ondori. Kali ni ntah kerana gatal tangan atau kerana geram tengok pattern yg cantik dalam buku pattern Jepun ni, saya gagahkan diri capai jarum tulip size 8 & benang Minlon Poly. Lalu inilah hasilnya....


Apa pendapat kalian? Honestly hasilnya kurang menyenangkan hati saya namun saya gagahkan hati menyiapkan sampai sudah. Ntah kenapa tidak setegap atau sekemas yang saya harapkan. Macam dalam gambar di buku2 pattern elok jer terletak. Saya akan cuba lagi guna jenis benang lain. Bagi yang berminat nak cuba bersama saya ni patternnya... :D


Kalau ada yang cuba pattern ni hai hai lah saya yer...daaa....

Tuesday, 30 October 2012

Mula-Mula Mengait

Antara Produk Kait Terawal


Assalamualaikum. Gambar yang saya share kali ni merupakan gambar produk yang terawal saya kait dan kawan baik saya di Kedah tolong jualkan di pejabatnya. Hasil kait saya dapat sambutan hangat dari officemate kawan saya tu dan semakin gigih lah saya mengait memvariasikan. 

Masa mula-mula mengait, sumber rujukan sangat terbatas. Nak cari dalam internet pun tak jumpa. Bila dah ramai kawan yang share sama hobi dengan saya dalam facebook makin berkembanglah info serta pengalaman dalam bidang crochet. Saya mula kenal benang import serta hook yang berwarna-warni. 

Duit pun mulalah panas di tangan, rasa nak borong semua benang kait yang dijual secara online...geram tengok warna yang cantik terutamanya benang cotton yang pastinya selesa kalau dibuat pakaian.Dalam nak membeli benang pun saya bandingkan harga. Kalau terlampau mahal sampai tak masuk dek akal memang pandang dari jauh aja lah ehehehe..

Aktiviti crochet makin berkembang bila saya join group crochet kat facebook. Macam2 projek saya join. Projek Swap & CAL. Bila menang dan dapat hadiah benang...wah makin teruja lah saya! Next plan nak belajar knitting pulak (kait jarum dua). Buat masa ni saya berjinak-jinak kait benang halus (lace crochet). Hajat hati nak buat table cloth tapi saya mulakan dengan projek kecil-kecilan wat doilies dulu. Next entri saya share gambar perkembangan doilies yg saya sedang usahakan. Till then...daaaa...!

Monday, 29 October 2012

Posting Pertama


Kopiah Pertama Inspirasi daripada Devine Hat
Assalamualaikum...posting yang pertama biasanya paling mengujakan....! Lama masa yang saya ambil untuk mewujudkan blog ni. Blog ni lebih kepada perkongsian kisah2 berkaitan hobi serta minat.saya terhadap dunia crochet. 

Sejarah crochet saya bermula begini, mak pandai mengait jadi semasa usia lebih kurang 7 atau 8 tahun saya curi2 tengok bagaimana mak mengait kasut baby jadi saya pun cubalah. Kenapa curi-curi? Sebab tahap kesabaran mak memang nipis kalau mengajar anak-anak. Kalau boleh mak nak sekali ajar terus boleh buat...kalau tak memang kena tengking la.TAKUT. Jenuh juga nak pastikan saiz sepasang kasut sama besar. Mak bagi segumpal benang warna kuning, sampai jadi kelabu & berbulu benang tu saya kerjakan. Akhirnya hobi mengait tenggelam dalam kesibukan dan perjalanan masa. 

Dalam setahun yang lepas ntah bagaimana minat itu timbul kembali. Saya tengok stok simpanan benang mak lebihan dulu-dulu adalah dalam 10 ketul benang Minlon. Jarum kait mak jenama Rose yang berkarat saya cuba. Tak sangka saya masih boleh mengait. Malah, hasilnya lebih kemas berbanding ketika usia saya 8 tahun dulu. Seronok sangat. Tambahan pula dah ada baby. Mula lah saya berangan nak kait macam2 untuk anak & keluarga saya. Saya surfing di internet dan jumpa pattern bertulis Topi Devine yang cantik dan mudah. Hasil tangan yang pertama tu saya hadiahkan kepada anak buah saya. Selepas tu saya cuba pula kait sepasang kasut lengkap dengan beanie dan saya hadiahkan pula kepada kakak ipar yang ketika itu baru melahirkan bayinya. Bermula hanya sebagai cenderamata, lama-kelamaan saya mula menerima tempahan dari kenalan yang menyukai hasil kait saya. Ramai juga kawan2 saya menawarkan diri nak tolong jual hasil kait saya di pejabat mereka. Seronok tak tekata masa mula2 pegang duit hasil mengait. Berbaloi bersengkang mata menyiapkan tempahan.

Setiap hasil kerja kait saya, saya akan tangkap gambar tapi masih segan nak upload di facebook. Lama-kelamaan oleh sebab semangat untuk kekal duduk di rumah dan membantu tambah pendapatan keluarga saya gagahkan hati upload sebahagian gambar produk2 crochet saya dan happy sangat bila dapat feedback yg positif dari kalangan kawan-kawan. Sejaknya  dari hari itu sehinggalah kini bolehlah dikatakan tempahan kait yang saya terima, khusus secara online tak pernah putus. Syukur Alhamdulillah.